Google Fikirkan Untuk Mengenakan Caj Untuk Pencarian Berkuasa AI


Sebahagian daripada perkara yang menjadikan zaman internet yang kita sedang lalui sekarang ini ialah akses maklumat yang mudah dan kebanyakkannya percuma. Memudahkan perkara ini adalah Google, nama yang hampir semua orang kenali sebagai tempat mencari sesuatu di internet. Tetapi bagaimana jika saya beritahu anda bahawa sebuah ciri yang dikuasakan oleh AI akan datang, tetapi tidak percuma?

Financial Times melaporkan bahawa ini akan menjadi ciri “premium” bagi fungsi yang menjadi kelebihan utama syarikat tersebut. Jika carian internet yang mudah sudah mencukupi, ciri itu masih akan ditawarkan secara percuma, dengan iklan menjadi elemen yang membawa pendapatan kepada syarikat.

google gemini aigoogle gemini ai
Gambar: Google

Pada masa ini, Google sudah mengenakan bayaran untuk ciri AI dalam beberapa kes penggunaan tertentu. Sebagai contoh, Gmail dan Docs mempunyai akses kepada Gemini bagi mereka yang melanggan pelan Google One AI Premium. Laporan itu mencatat bahawa syarikat sedang merancang untuk melakukan sesuatu yang sama dengan usaha carian AI-kuasanya, dan jurutera sedang membangunkan teknologi yang diperlukan untuk melancarkannya.

Juga dijelaskan dalam laporan bahawa, jika Google meneruskan keputusan ini, ini akan menjadi kali pertama syarikat carian internet mengunci elemen asas produk carian intinya di belakang pagar bayaran. Ini agak mengejutkan, tetapi agak konsisten dengan semua usaha lain berkenaan AI syarikat tersebut. Kecuali Gemini di Android, semua contoh lain AI generatif oleh syarikat itu dikunci di belakang pagar bayaran.

googlegoogle
[Foto: Stok Katalog/Flickr]

Juga perlu dinyatakan adalah laporan yang menyebut kemungkinan perniagaan iklan Google terjejas jika enjin carian AI-kuasanya boleh memberikan jawapan tanpa perlu mengklik ke dalam laman web. Ini mungkin menjelaskan mengapa ciri itu dikunci di belakang pagar bayaran, tetapi laman web lain yang bergantung pada iklan juga akan terjejas dengan cara yang sama.

Disebut oleh sumber FT, eksekutif Google masih belum membuat keputusan akhir berkenaan perkara ini. Dengan itu, adalah mungkin bahawa syarikat itu memutuskan untuk melancarkan beberapa elemen carian AI-kuasa kepada pengguna percuma sepanjang masa. Untuk masa ini, masih tidak jelas apakah pembahagian di antara ciri percuma dan berbayar akan seperti apa, atau pun bila carian AI-kuasa yang berbayar akan dilancarkan.

(Sumber: FT)

Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk mendapatkan lebih kemas kini dan berita terkini. 





Source link

Leave a Reply