MOSCOW: Billioner UK Jim Ratcliffe, pemilik raksasa kimia Ineos, telah memperoleh 25 peratus saham dalam kelab bola sepak Inggeris Manchester United, demikian diwartakan Sputnik pada Ahad.

“Manchester United plc (NYSE: MANU) mengumumkan bahawa mereka telah memasuki perjanjian di mana Pengerusi INEOS, Sir Jim Ratcliffe, akan memperoleh 25 peratus saham Kelas B Manchester United dan sehingga 25 peratus saham Kelas A Manchester United dan menyediakan tambahan US$300 juta yang dimaksudkan untuk pelaburan masa depan ke Old Trafford [stadium],“ kelab tersebut menyatakan dalam satu kenyataan, dengan menambah bahawa US$200 juta akan dibayar selepas perjanjian ditutup, dan US$100 juta lagi menjelang akhir tahun 2024.

Selain itu, Ineos Ratcliffe akan mengambil alih pengurusan operasi bola sepak Manchester United, menurut kenyataan tersebut.

Media UK melaporkan bahawa perjanjian tersebut bernilai kira-kira 1.3 bilion paun (US$1.6 bilion).

Sebelum ini, pemilik tunggal saham Manchester United adalah Avram Glazer dan Joel Glazer, yang membeli kelab tersebut pada tahun 2005 dengan harga US$1.34 bilion. Peminat-peminat Manchester United telah secara aktif menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap pengurusan keluarga Glazer dalam beberapa tahun kebelakangan ini.–Bernama-Sputnik



Source link

1998 Futera Manchester United Brian Kidd Collectible Cards. Good condition for its vintage age
Shopee.com.my
RM30.00
1998 Futera Manchester United Brian Kidd Collectible Cards. Good condition for its vintage age
Manchester United Winter Jacket (Preloved)
Shopee.com.my
RM80.00
Manchester United Winter Jacket (Preloved)
Manchester United | 2023 Limited Edition Collectors Official Calendar & Diary Musical Gold Foil-Finished Gift Box
Shopee.com.my
RM3,000.00
Manchester United | 2023 Limited Edition Collectors Official Calendar & Diary Musical Gold Foil-Finished Gift Box
Manchester United Tie
Shopee.com.my
RM85.00
Manchester United Tie

Leave a Reply