PUTRAJAYA: Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan simpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut.

“Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini, termasuk rakyat kita di sana,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau malam ini.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di negara itu.

Perkara itu disahkan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo yang ketika ini sedang memantau rapat perkembangan susulan bencana alam itu.

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun.

Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata, sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – UTUSAN





Source link

Saat ini, mobil barang-barang duduk di atas bantal dengan dua selimut dan selimut dengan AC bantal oleh bantal-bantal multifungsi yang disediakan oleh bantal-bantal yang berfungsi
Shopee.com.my
5.0
RM31.72
Saat ini, mobil barang-barang duduk di atas bantal dengan dua selimut dan selimut dengan AC bantal oleh bantal-bantal multifungsi yang disediakan oleh...
jualan murah tikar getah ini boleh alas meja dan alas lantai, kualiti sangat bagus boleh di beli untuk rumah sendiri
Shopee.com.my
5.0
RM3.90
jualan murah tikar getah ini boleh alas meja dan alas lantai, kualiti sangat bagus boleh di beli untuk rumah sendiri
-15%
READY STOCK ‼‼ POS SETIAP HARI BUKU Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya DISKAUN HEBAT
Shopee.com.my
5.0
RM12.75 RM15.00
READY STOCK ‼‼ POS SETIAP HARI BUKU Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya DISKAUN HEBAT
Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya by Ahmad Rifa'i Rif'an (Buku motivasi/ nasihat/ tarbiah)
Shopee.com.my
5.0
RM15.00
Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya by Ahmad Rifa'i Rif'an (Buku motivasi/ nasihat/ tarbiah)

Leave a Reply