BANGKOK: Berpuluh-puluh ribu penduduk di selatan Thailand terjejas banjir akibat hujan lebat yang turut memaksa beberapa jalan dan laluan kereta api ditutup.

Menurut pegawai kerajaan, sekurang-kurangnya lebih 12 sekolah di wilayah Yala dan Narathiwat terpaksa ditutup.

Rakaman dari wilayah itu turut menunjukkan rumah dan kedai ditenggelami banjir dengan penduduk berlindung di tingkat atas.

Hujan lebat sejak Jumaat lalu turut menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh bot karam di Teluk Thailand dan Laut Andaman.

Akibat keadaan landasan yang ditenggelami air, syarikat kereta api negeri itu memaklumkan, hanya beroperasi sehingga ke Yala, kira-kira 100 kilometer jauh dari sempadan Malaysia.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di wilayah itu supaya bersedia untuk berpindah sekiranya banjir semakin buruk.- AFP





Source link

Leave a Reply