PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan geran latihan bagi pelaksanaan Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) KESUMA-MITRA yang akan merangkumi dana sebanyak RM10 juta di bawah HRD Corp.

Menterinya, Steven Sim berkata, dana tersebut akan disalurkan kepada program-program peningkatan kemahiran untuk belia komuniti India yang akan diterajui oleh KESUMA, menerusi HRD Corp, dan dengan kerjasama MITRA.

Menurutnya, inisiatif ini akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.

“Ini selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan meningkatkan Kemahiran Keberhasilan dan Kebajikan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut mengenai program program latihan di bawah MISI KESUMA-MITRA ini, akan diumumkan tidak lama lagi. – UTUSAN





Source link

BAWAL NADI KESUMA B50 by Nad Zainal
Shopee.com.my
5.0
RM39.00
BAWAL NADI KESUMA B50 by Nad Zainal
Relax Fit Baju Kurung Kedah in Anum Limited Edition
Shopee.com.my
RM79.90
Relax Fit Baju Kurung Kedah in Anum Limited Edition
Relax Fit Baju Kurung Kedah in Teja Limited Edition
Shopee.com.my
RM79.90
Relax Fit Baju Kurung Kedah in Teja Limited Edition
Relax Fit Baju Kurung Kedah in Nadi Limited Edition
Shopee.com.my
RM79.90
Relax Fit Baju Kurung Kedah in Nadi Limited Edition

Leave a Reply