Adik-beradik Perlu Mencari Kekasih Dan Cinta Sendiri.


Apabila adik beradik sendiri yang tolong mencari kekasih dan mencari cinta.

My Sibling’s Romance (2024)

“Dating Show” terbaru ini membawa empat pasangan adik beradik kandung, berkumpul di sebuah rumah dan saling membantu mencari pasangan romantik, di mana adik-beradik memulakan usaha untuk mencari cinta, bukan hanya untuk diri mereka sendiri tetapi adik beradik mereka yang lain.

Bayangkan selama 24 jam, mereka mesti menahan ketawa dan “geli geleman” sambil melihat adik-beradik mereka bercumbuan dan melakukan hubungan fizikal dengan pasangan date mereka.

Tanpa mendedahkan umur dan pekerjaan mereka, dan yang paling penting, siapa adik beradik mereka, mereka perlu mengetahui tentang personaliti dan maklumat hal diri antara satu sama lain. Ada juga “blind date” yang telah dirancang untuk mereka.

Berjayakah adik beradik mencari cinta atau hanya hadir utk merosakkan hubungan?

My Sibling’s Romance boleh ditonton di Viu Malaysia.

#ViuMalaysia





Source

Leave a Reply