Arsenal kekal di puncak selepas ikat Liverpool 1-1 di Anfield


ANFIELD: Liverpool dan Arsenal menamatkan pertarungan tumpuan Liga Perdana Inggeris minggu ini dengan keputusan antiklimaks apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta masih mengekalkan kesebelasan utama mereka ketika bertandang ke Anfield awal pagi ini.

Sejak wisel permainan dibunyikan, Gunners mengasak ke arah kubu Liverpool dan mereka tidak perlu menunggu lama untuk mencetak jaringan apabila tandukan Gabriel Magalhaes menggegar jaring lawan pada minit keempat, menewaskan penjaga gol, Allison.

Arsenal kemudian bernasib baik apabila pengadil perlawanan tidak memberikan sepakan penalti buat Liverpool biarpun bola jelas terkena tangan Martin Odegaard.

Begitupun, Mohamed Salah terus membuktikan kredibilitinya sebagai ayam tambatan Liverpool apabila menggelecek Oleksandr Zinchenko dan kemudian melepaskan rembatan kencang bagi menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke 29.

Aksi di babak kedua tidak banyak beza apabila kedua-dua pasukan saling mengasak namun tiada pertambahan jaringan dapat dihasilkan.

Liverpool seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila berpeluang utuk mencetak jaringan pada penghujung babak kedua apabila Salah berjaya melarikan bola dari kawalan pertahanan Arsenal, namun rembatan Trent Alexander-Arnold hanya menyinggah ke palang takala David Raya sudah pun tertewas.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Arsenal masih kekal di puncak liga dengan 40 mata, manakala Liverpool mengekori rapat di tangga kedua, berkongsi 39 mata dengan Aston Villa yang berada di tangga ketiga liga.





Source link

Leave a Reply