Ibnor Riza kritikal – Utusan Malaysia (Article/Berita)


KUALA LUMPUR: “Mari kita doakan semoga beliau diringankan sakit”

Itu pesanan penyanyi era 90 an, Azura Aziz kepada penyanyi, Ibnor Riza yang kini kritikal.

Azura, menerusi satu perkongsian memaklumkan keadaan Ibnor merosot, justeru mengajak orang ramai mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan.

“Assalamualaikum semua. Buat makluman, sahabat seni kita Ibnor Riza kini sedang dalam keadaan kritikal.

“Apa-apa pun, mari kita doakan semoga beliau diringankan sakit dan dipermudahkan segala-galanya.

“Semoga sentiasa dalam rahmat Allah,” kongsinya.

Ibnor yang menghidap kanser limfoma tahap empat tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air di kepala pada 2 Disember lepas.

Terdahulu, penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu telah menjalani enam kali kimoterapi.





Source link

Leave a Reply