ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menggesa rakyat Palestin bersatu padu ketika serangan Israel terhadap Gaza belum menemukan jalan noktah. 

Beliau berkata, perpaduan di Palestin adalah penting dalam menuju jalan kemenangan,lapor Al Jazeera. 

“Tindakan rakyat Palestin untuk bersatu padu adalah penting sepanjang proses ini. 

“Ia adalah mesej paling ampuh terhadap Israel serta kunci menuju jalan kemenangan terletak pada perpaduan dan integriti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Pejabat Presiden di Dolmabahce, tebing selat Bosphorus selama dua jam setengah, pada Sabtu. 

Recep Tayyip turut menegaskan akan mempertahankan perjuangan Palestin dan menjadi suara rakyat Palestin yang tertindas. 

Katanya, ketegangan yang berlaku antara Iran dan Israel tidak sepatutnya menutup insiden serta kebenaran di Gaza.“Itulah sebabnya Tukri akan meneruskan usaha diplomatik bagi memastikan isu ini terus hidup di mata masyarakat antarabangsa,” tegasnya. 

Sebelum ini, Recep Tayyip gagal menjadi orang tengah berhubung konflik di Gaza. 

Wilayah Palestin yang dikuasai oleh Hamas kini bersiap sedia berdepan ancaman baharu Israel serta pasca serangan terhadap Iran.

Hamas yang diasaskan oleh ahli Ikhwanul Muslimin pada 1987, mempunyai pejabat di Turkiye sejak 2011. 





Source link

Leave a Reply