PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menolak kemungkinan menutup kaunter bagi menggalakkan peralihan kepada sistem atas talian.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, langkah itu antara pendekatan yang difikirkan seperti penggunaan aplikasi baharu Tribunal Pengurusan Strata secara elektronik atau e-TPS.

“Kita mungkin perlu tutup kaunter fizikal di pejabat KPKT agar urusan pemfailan tuntutan sebegini dapat dilakukan atas talian lebih luas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Kor Ming berkata, sejak dilancarkan pada 12 September 2023 lalu, e-TPS sudah pun mencatatkan sebanyak 1,500 kes oleh orang awam di seluruh negara.

“Angka ini masih kecil kerana ramai tidak tahu sistem ini lebih mudah, menjimatkan masa dan kos kerana segala urusan dibuat tanpa perlu hadir ke kaunter TPPS,” tambah beliau.

Sistem berkenaan yang dibangunkan dengan kepakaran dalaman KPKT sendiri ujarnya, turut membolehkan pelbagai pihak berkepentingan dalam isu perumahan memfailkan kes.

Ini termasuk dari badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan subsidiari, pemaju perumahan, ejen pengurusan dan pemilik asal kediaman untuk terlibat dalam tuntutan.

Justeru, Kor Ming berharap, masyarakat yang memiliki sebarang isu membabitkan masalah perumahan mereka boleh memanfaatkan e-TPS kerana sistem itu lebih pantas dan jimat kos.- UTUSAN





Source link

·top`◘kPKt Shawl Merdeka 2020 Chiffon Flowy READY STOCK*-*&
Shopee.com.my
RM75.00
·top`◘kPKt Shawl Merdeka 2020 Chiffon Flowy READY STOCK*-*&
Free Shipping✌2023 NEW 6.5inch child electric scooterChildren's Electric Scooter Bicycle KPKT
Shopee.com.my
RM1,104.48
Free Shipping✌2023 NEW 6.5inch child electric scooterChildren's Electric Scooter Bicycle KPKT

Leave a Reply