Harimau Malaya buat Kim Pan Gon tersenyum


PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon berpuas hati dengan prestasi dipamerkan anak buahnya ketika mengikat pasukan diranking ke-91 dunia Syria pada pada persahabatan di
Stadium Grand Hamad, Doha, Qatar, awal pagi tadi.

Keputusan positif itu dilihat mampu menyuntik motivasi buat skuad Malaysia sebelum membuka kempen Piala Asia menentang Jordan, 16 Januari ini.

“Permulaan yang baik tetapi kita bolos menentang pasukan di ranking ke-91 dunia. Saya gembira dengan persembahan pemain khususnya pada separuh masa pertama sebelum kami menukar pemain pada babak kedua.

“Ia bukanlah perlawanan yang mudah dan selepas 65 minit, kita menukar semua pemain dan kita berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2. Kita mendominasi hujung perlawanan untuk bersaing dengan mereka,” katanya selepas perlawanan.

Skuad kebangsaan terlebih dahulu di depan menerusi jaringan pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-39 namun babak kedua berubah apabila Syria meledak dua gol pantas dalam tempoh empat minit menerusi Pablo Sabbag (m70) dan Ibrahim Hesar (m74).

Malaysia berjaya mengulangi keputusan di Chengdu apabila pemain naturalisasi, Paulo Josue menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-78.





Source link

Leave a Reply