Legenda Jerman, Beckenbauer meninggal di usia 78 tahun


MUNICH: Legenda bolasepak Jerman, Franz Beckenbauer, yang pernah memacu negara itu memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus telah meninggal dunia di usia 78 tahun.

Perkara itu telah disahkan oleh ahli keluarga Beckenbaur dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada awal pagi tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa suami dan juga bapa, Franz Beckenbaur telah meninggal dunia dengan tenang ketika tidur, dikelilingi oleh ahli keluarganya,” jelas ahli keluarganya dalam satu kenyataan.

Beckenbaur yang diberikan julukan ‘De Kaiser’ telah mengumpul 103 bersama skuad kebangsaan Jerman.

Beckenbaur ketika membantu Jerman memenangi Piala Dunia 1974. (AFP)
Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Roman Herzog (kanan) dan Franz Beckenbauer (kiri) mengucapkan tahniah buat Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang terpilih menjalani latihan di Bayern Munich pada 1997. (AFP)

Antara kejayaan Beckenbaur yang akan terus dikenang adalah ketika beliau mengetuai pasukan Jerman memenangi Piala Dunia pada edisi 1970 dan kemudian kembali melakukan perkara yang sama ketika edisi 1990 sebagai pengurus.

Beckenbauer pernah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Eropah sebanyak dua kali, dan pernah beraksi dalam dua edisi Kejohanan Eropah (Euro) serta tiga edisi Piala Dunia.

Pertahanan kental Jerman ini berkelana ke New York Cosmos pada 1977 sebelum pulang semula ke Jerman untuk beraksi bersama Hamburg pada 1980.





Source link

Leave a Reply