Permintaan terakhir ayahnya sebelum beliau meninggal dunia adalah untuk menyambut Hari Raya…


Permintaaan terakhir ayahnya sebelum meninggal dunia adalah untuk menyambut raya di alam bunian!!

Tajuk: MANAF, ZAHIR & BUNIAN

Telefilem raya dari Astro ini boleh ditonton di Astro Go. Pertama kali min layan lakonan anak lagenda pelakon komedi negara arwah Mr.Os iaitu Dewa Arteh. Wajah dan gaya percakapan saling tidak tumpah seperti arwah bapanya, walaubagaimanapun masih banyak kerja keras perlu dilakukan untuk kekal relevan dalam industri hiburan tanah air.

Telefilem yang membariskan muka-muka baru dan segar seperti Namie, Dewa Arteh, Madina Wafa dan ramai lagi. Sekali sekala kita perlu menonton bakat-bakat baru supaya industri kita lebih meriah!

Penampilan istimewa Bella Astillah sebagai puteri bunian menambah seri telefilem ini.

Spoiler alert⚠️

Mengisahkan tentang Manaf yang menjaga bapanya yang diserang depression selepas kematian ibunya.

Orang kampung runsing melihat keadaan bapanya yang semakin hari semakin teruk dan Manaf seolah-olah tidak menang tangan untuk memantau keadaan bapanya.

Manaf juga seolah-olah hilang akal dan kelakuannya juga menjadi buah mulut orang kampung.

Jalan cerita agak predictable, sajian plot twist yang macam dah boleh agak, sama macam satu filem popular tempatan plot twistnya.

Apa-apa pun sebuah telefilem yang baik, layan di musim raya ni.

Selamat hari raya semua!

#AstroGo
#StreamOnAstro





Source

Leave a Reply