Mungkin tak ramai yang tahu yang Viu juga ada drama-drama bukan Korea.


Mungkin tak ramai yang tahu dekat dalam Viu selain drama Korea ada juga drama best dari HK contohnya macam Killing Procedures ni.

Killing Procedures

Kisah pembunuh upahan freelance bernama J yang melakukan job berisiko rendah contoh macam cabut alat ‘life support’ seseorang supaya dia mati.

J akan make sure cas bayaran job dia rendah untuk compete dengan pasaran assassin.

Nak dijadikan cerita ada bos sebuah syarikat besar yang biasa hire pembunuh upahan nak ambik dia bekerja di bawah dia.

Sebab J tahu itu semua strategi pemasaran semata-mata, jadi dia berani berunding dan meminta syarikat tu membenarkannya meneruskan kerja berisiko rendah.

Cumanya hidup dan cara kerja dia yang damai sebelum ni telah dikucar-kacirkan oleh rakan sekerjanya.

Macam-macam hal jadi disebabkan partner misi dia ni tadi. Ada misi dia hampir mati, ada time misi tak jadi seperti yang diorang plan.

Lepas dah banyak kali dia complain, J kemudian ditukarkan untuk pelbagai tugas lain termasuklah melatih Chloe yang langsung tak pernah membunuh untuk jadi pembunuh.

Siapa yang nak try test tengok drama ni boleh tengok dekat #ViuMalaysia







Source

Leave a Reply