Kena Pandai Bermain Peranan Kalau Nak Berjaya dalam Hidup


Kalau nak berjaya, hidup ni kena bermuka-muka 😂

Adoi tips yang diberikan kepada seorang pengurus kaki jilat tapak kaki boss kepada orang bawahannya yang baru kena pecat, deep sungguh😆

Tajuk: i.D: Swipe, Steal, Love (2024)

Siri Astro Originals terbaru yang dah buat min jatuh hati dengan episod pertamanya!

Opening scene power! Dialog-dialog dalam siri ini terasa sangat hidup dan dekat dengan kita semua.

Yang penting setiap babak mengandungi sindiran sinis kepada masyarakat kita hari ini.

Kaki kipas boleh survive✅
Boss ambik kredit semua kerja keras staff✅
Orang boleh buang kita bila-bila masa je✅
Kehidupan palsu sosial media adalah benar✅

Lakonan Naim Daniel sebagai programmer nerd dan bijak yang selalu kena buli sangat menjadi.

Lakonan Aedy Ashraf sebagai anak orang kaya berlagak dan annoying sangat nampak real.

Pelakon-pelakon lain semua best. Paling best setakat episod 1 ni watak pengurus kaki kipas tu. Kata-kata dia banyak sindiran yang tepat😂

Spoiler alert⚠️

Betul la cerita ni pasal programmer bertukar jadi scammer. Semuanya sebab sakit hati kena buli dan kononnya jatuh cinta dengan influencer lawa yang terang-terang sebenarnya fake. Tapi cinta itu kan buta!

Mengingatkan kita pada zaman pandemik dulu dimana kita kena guna MySejahtera ke mana-mana. Siri Astro Originals ini menggunakan aplikasi data ‘Bebas Apps’ untuk membantu memulihkan negara pada zaman pandemik.

Bebas Apps ni dicipta oleh Aidi (Naim Daniel), tapi macam biasa tiada rakyat pun kenal dia sebab yang dapat nama adalah boss besar dan anak lelakinya Jazman (Aedy Ashraf).

Lepas pandemik berlalu, keadaan dah pulih. Bebas Apps sudah tidak digunakan lagi, dan para pekerja yang bertungkus lumus membangunkan Bebas Apps dibuang begitu sahaja. Macam biasa, kuasa kapitalis menindas golongan lemah!

Aidi yang berang kerana dibuang, dihina dan diherdik telah mengambil langkah mencuri data 30 juta rakyat dan mula menyusun strategi untuk balas dendam!

Pasti satu jalan berliku penuh duri, tapi ketakutannya sudah bertukar jadi amarah, misinya sudah jelas!

Ditayangkan setiap Jumaat, boleh tonton di Astro PREMIER dan juga stream On Demand Astro Go!

Sebuah siri jenayah yang sangat berbaloi, yang dah biasa dengan siri Astro Originals pasti tahu, cerita ni confirm best👍👍👍

#AstroGo
#StreamOnAstro




Source

Leave a Reply