Valve Berhenti Memberi Sokongan Untuk Windows 7 Dan 8 Di Steam Hari Ini


Pada bulan Mac tahun lepas, Steam mengumumkan bahawa ia akan menghentikan sokongan untuk Windows 7 dan Windows 8. Mulai dari titik ini, pengguna sistem operasi yang tidak disokong tidak akan menerima kemas kini normal atau keselamatan.

Sokongan Steam juga tidak akan lagi memberi bantuan teknikal kepada pengguna yang mengalami masalah dengan sistem operasi lama tersebut. Walaupun diterangkan bahawa permainan akan terus berfungsi pada sistem operasi usang selepas 1 Januari 2024, tiada jaminan bahawa ia akan kekal sedemikian.

(Sumber gambar: Steam.)

Dengan ini, Valve mendesak pengguna-pengguna nya untuk mengemaskini ke versi Windows yang lebih baru bagi mengelakkan sebarang masalah. Syarikat itu turut menjelaskan bahawa perubahan ini adalah perlu kerana ia cuba mengekalkan tahap Google Chrome, yang sendiri tidak lagi berfungsi pada versi Windows yang lebih lama. Tambahan pula, versi masa depan Steam akan memerlukan kemas kini ciri dan keselamatan Windows yang hanya tersedia dalam Windows 10 dan ke atas.

Berita ini sebenarnya tidak menghairankan; mengikut Kajian Perisian & Perkakasan terkini Steam, sejumlah 95.4% pengguna Windows adalah pengguna Windows 10 (53.45%) atau Windows 11 (41.95%), dengan pecahan lain tidak sampai 1%. Malah, pengguna-pengguna yang menjalankan platform permainan pada MacOS juga lebih ramai. 

Steam
(Sumber gambar: Steam.)

Windows 7 boleh dikatakan sebagai sistem operasi hebat (walaupun anda boleh membentuk pendapat sendiri mengenai Windows 8) dan tidak menghairankan bahawa, walaupun sokongan telah berhenti selama tiga tahun, orang masih lebih suka versi lama tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda mengambil berat akan permainan anda dan data anda, adalah lebih baik untuk mengemaskini sekarang, kerana sistem tersebut tidak akan lagi mampu melindungi anda daripada jenis malware baru.

(Sumber: Steam)

Ikut kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk mendapatkan lebih kemas kini dan berita terkini. 





Source link

Leave a Reply