Dua pelajar sekolah ditahan kes buang bayi


LARUT: Dua pelajar sekolah ditahan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan ditemukan dibuang di sebuah pusat pengajian agama di Selama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, mereka ialah pelajar lelaki berusia 17 tahun dan pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Menurutnya, penahanan dua pelajar itu selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang menjumpai seorang bayi perempuan dalam kotak yang diletakkan di sebuah pusat pengajian agama di Selama.

“Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai bersama uri dan tali pusat kemudiannya dibawa ke Hospital Selama oleh pengadu bagi mendapatkan rawatan lanjut dan membuat laporan mengenai penemuan bayi itu.

“Hasil siasatan polis berjaya membuat tangkapan terhadap suspek seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai terlibat membuang bayi tersebut dan pelajar perempuan berumur 14 tahun yang masih dalam rawatan pihak hospital.

“Kedua-dua mereka merupakan pelajar sekolah. Dengan penangkapan kedua-dua suspek, kes tersebut telah selesai,” katanya di sini. – UTUSAN





Source link

Leave a Reply