KONSEP eclectic agak jarang didengari sementelah kebanyakan peminat dekorasi di negara ini lebih menggemari konsep minimalis ataupun Scandinavian. 

Namun, ia sebenarnya salah satu tema unik yang menggabungkan beberapa konsep berlainan dalam sebuah kediaman. 

Ia juga terhasil daripada tatarias menggunakan warna kontra dan pemilihan perabot pelbagai jenis. 

Disebabkan itu, usahawan Shaffila Asri memilih konsep berkenaan dalam menata rias kediaman miliknya dan suami, Shahrul Nizam. 

Shaffila dan suami memiliki citarasa berbeza. Suami meminati konsep monochrome iaitu berasaskan rona hitam dan putih, manakala, dirinya lebih menggemari rona terang dan cerah. 

“Jadi, konsep rumah ini adalah suai padan antara citarasa kami berdua dan ia seimbang. 

“Kalau dapat lihat, dinding televisyen dan bahagian tangga bertemakan hitam putih manakala dapur pula sepenuhnya idea saya iaitu biru ala-ala Santorini dan jubin bercorak,” katanya kepada Seri

Gabungan kedua-dua citarasa ini membangkitkan suasana eclectic yang memiliki ciri-ciri variasi dalam satu-satu ruang. 

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

AKSESORI BERCORAK 

Elemen pelengkap konsep berkenaan ialah permainan warna terang dan corak. 

“Kami banyak bermain dengan wallpaper untuk kekalkan konsep bercorak seperti di bilik tidur utama dan dinding pintu masuk utama. 

“Meja makan corak jalur hitam putih pula, dibuat khas mengikut rekaan kami. Meja kopi bercorak di ruang tamu dibuat dari bone inlay dari India,” katanya yang mengambil masa setahun melengkapkan konsep berkenaan. 

KEPUASAN DIRI 

Kejayaan merealisasikan impiannya menata rias kediaman jenis Rumah Taman dua tingkat (Garden Home) dengan konsep berkenaan adalah satu kepuasan. 

Apatah lagi konsep sedemikian masih lagi jarang dijumpai dalam kalangan peminat dekorasi di negara ini. 

“Mungkin tidak ramai yang suka dan takut hendak guna konsep yang menyerlah ini, namun nasihat saya, jangan takut untuk mencuba,” katanya yang aktif di Instagram Mr. & Mrs. S. 

Mengulas mengenai aspek penjagaan, kata Shaffila, ia tidaklah terlalu rumit berikutan semua perabot dan aksesori bermain dengan warna. 

Sebaliknya ia lebih senang dijaga berbanding perabot yang berkonsepkan putih sahaja.





Source link

PENDIDIKAN MORAL : KONSEP, TEORI DAN PRAKTIS I GPML1022 PENDIDIKAN MORAL
Shopee.com.my
5.0
RM50.50
PENDIDIKAN MORAL : KONSEP, TEORI DAN PRAKTIS I GPML1022 PENDIDIKAN MORAL
KONSEP HAK ASASI MANUSIA, Norraihan Zakaria (DBP)
Shopee.com.my
5.0
RM22.00
KONSEP HAK ASASI MANUSIA, Norraihan Zakaria (DBP)
-10%
ZBH. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah: Sebuah Huraian dari Perspektif Sejarah dan Konsep. Muhammad Uthman El-Muhammady.
Shopee.com.my
5.0
RM13.50 RM15.00
ZBH. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah: Sebuah Huraian dari Perspektif Sejarah dan Konsep. Muhammad Uthman El-Muhammady.
-5%
IBN AL- HAYTHAM: PELOPOR KONSEP PENYELIDIKAN SAINTIFIK (DBP)
Shopee.com.my
5.0
RM20.90 RM22.00
IBN AL- HAYTHAM: PELOPOR KONSEP PENYELIDIKAN SAINTIFIK (DBP)

Leave a Reply