Antara siri asal Viu yang wajib ditonton dan memang best. Bukan main puas hati dan terhibur!


Antara siri Viu Original yang min follow dan memang best. Memang puas hati dan tak menyesal kawan-kawan!

Seperti yang kawan-kawan semua tahu, Viu Original ni selalu memang tak mengecewakan! Lagi-lagi Viu Original versi tempatan. Selalu menyajikan jalan cerita lain dari kebiasaan, keluar dari jalan cerita cliche drama tempatan!

Jadi kat sini min nak suggest beberapa Siri Viu Original yang memang min follow rapat! Kalau korang belum layan, kena cubalah! Memang puas hati!

1) W: TWO WORLDS adalah remake dari siri asal Korea. Sebuah siri drama fantasi yang menceritakan tentang dua dunia berbeza! Dunia komik dan dunia reality! Watak dalam komik berjumpa dengan manusia sebenar dan pengembaraan menakjubkan penuh misteri bermula! Wajib layan!!

2) ALTER-NARATIF ni memang menarik! Kisah mengenai sebuah sebuah syarikat gergasi yang menggunakan minda dan memori manusia sebagai perniagaan!

Semakin lama semakin rumit, penipuan, tikam belakang dan permainan kotor demi merampas kuasa kian sengit dan rancak dalam Alter-Naratif. Siapa sebenarnya yang memanipulasi dan siapa yang dimanipulasi?

3) MY PERFECT STRANGER terpaling plot twist setakat ni!!! Berkisar tentang pengembaraan masa dan sebuah kes pembunuhan bersiri yang menghantui penduduk di sebuah desa pada tahun 1987. Seorang lelaki dan wanita dari tahun 2021 mengembara ke tahun 1987 untuk mencari pembunuh bersiri tersebut yang masih bebas hingga kini dan belum serik melakukan pembunuhan!

Padu storyline My Perfect Stranger, memang tiap minggu kena perah otak kena teka pembunuh sebenar.

4) GANJIL adalah antata siri Viu Original pertama yang min layan dulu. Padu betul gabungan Fattah Amin dan Diana Danielle, antara siri terbaik yang pernah Viu keluarkan. Kisah antara seorang pemuda dan gadis yang saling berhubung melalui mimpi. Padu!!!

5) REMEMBER 15 adalah siri Viu Original daripada Thailand. Jarang-jarang sangat nak layan cerita Thai ni, tapi Remember 15 adalah cukup lengkap untuk sebuah siri balas dendam yang paling tragis. Kisah mengenai sekumpulan remaja yang terperangkap di sebuah pulau dan mereka mati dibunuh seorang demi seorang dengan kejam, benarkah orang mati boleh bangkit untuk membalas dendam? Padu guys!!

6) HILANG mengetengahkan kisah tahyul masyarakat dan ilmu hitam yang melibatkan sebuah busut puaka di tengah-tengah hutan dalam sebuah kampung. Pembunuhan bersiri yang penuh misteri berlaku hanya disebabkan dendam dan permainan iblis yang memang handal menipu daya! Yang ni wajib layan👍👍

Kawan-kawan boleh saksikan semua siri Viu Original ini di Viu Malaysia ada banyak lagi siri Viu Original yang best-best, macam-macam genre ada. Try la layan, confirm tak menyesal😍

#ViuMalaysia
#ViuOriginal








Source

Leave a Reply