AirAsia telah mula menjalankan perkhidmatan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu semula sebagai usaha untuk menyambung Semenanjung dengan Malaysia Timur, masa yang tepat juga kerana ramai yang mencari penerbangan semasa cuti Hari Raya.

Syarikat penerbangan itu, bersama dengan Nurul Ain Mohammed Yunus, Pengarah Tourism Malaysia Sarawak menyambut penerbangan AK5432 dari Pulau Pinang ke Kuching dengan lebih dari 80 peratus muatan, menunjukkan potensi yang cerah untuk pertumbuhan masa depan di laluan ini. Pesawat juga di sambut dengan tembakan air sempena ketibanyaan.

Ketua Eksekutif Kumpulan Penerbangan AirAsia, Bo Lingam berkata: “Dengan memperkenalkan semula laluan ini, kami berhasrat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perjalanan antara Pulau Pinang dan Malaysia Timur sambil terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pelancongan di negara ini. Kami berharap dapat menjamu lebih ramai tetamu di atas pesawat kami dalam usaha kami untuk terus memperluas rangkaian domestik kami pada masa akan datang.”



Source link

Leave a Reply