GPU Radeon AMD RDNA4 Kemungkinan Akan Tetap Menggunakan Memori 18Gbps yang Lebih Lambat


Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa kad grafik berasaskan RDNA4 yang bakal dilancarkan oleh AMD, yang tidak rasmi dikenali sebagai Radeon RX 8000 Series GPU, akan terus menggunakan memori GDDR6 pada kelajuan 18Gbps. Ini memberikan petanda yang AMD mungkin menggugurkan rancangannya untuk GPU Navi 4x, yang mungkin akan meninggalkan pelanggan dan peminat Radeon tanpa pengganti yang lebih tangguh untuk model RX 7900 teratas mereka.

Desas-desus ini datang daripada sumber kebocoran yang popular, Kepler (@Kepler_L2), yang mengatakan bahawa semua kad berdasarkan RDNA4 akan menggunakan memori GDDR6 yang lebih perlahan. Ini berlaku walaupun industri dijangka bergerak ke memori GDDR7 pada penghujung tahun, yang dijangkakan beroperasi pada kelajuan melebihi 28Gbps. Bagi mereka yang tidak arif, barisan Radeon RX 7000 Series terkini dari AMD menggunakan kelajuan 18Gbps, yang juga merupakan kelajuan maksimum digunakan oleh model-model teratas juga.

Sebaliknya, desas-desus mengenai GeForce RTX 50 Series yang bakal dilancarkan oleh NVIDIA berada pada memori GDDR7 yang disebutkan, dengan kelajuan yang diiklankan 28Gbps, sebagai permulaan. Kelajuan terpantas yang diiklankan untuk GDDR7, dalam pada itu, dikatakan mencecah di mana-mana antara 36 dan 37Gbps

Pada masa ini, sedikit yang diketahui mengenai spesifikasi Infinity Cache AMD bagi RDNA4 tetapi walaupun begitu, salah satu matlamat pembuat cip merah ini ketika melancarkan kad berdasarkan RDNA3 pada tahun 2022 adalah untuk menyamai RTX 4080 milik NVIDIA, walau dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Sebagai perbandingan, 7900 XT menggunakan 20W kuasa yang lebih rendah, berbanding TGP 320W pesaing hijau mereka.

(Sumber: Kepler melalui X, Videocardz)

Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk mendapatkan lebih banyak kemas kini dan berita terkini. 





Source link

Leave a Reply