Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Presiden MCA Wee Ka Siong sebagai penasihat pelaburan masyarakat Cina dan juga syarikat Cina di Malaysia.

“Hari ini saya ingin umumkan secara rasmi presiden MCA telah dilantik sebagai penasihat pelaburan masyarakat Cina dan syarikat Cina di Malaysia, di bawah saya,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Zahid yang juga pengerusi BN berkata gabungan itu mampu menang lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang jika ia dapat mengenepikan “perkara titik bengik”.

Ia juga dapat dicapai jika parti-parti dalam kerajaan dapat mengetepikan perbezaan pandangan di masa lalu, katanya lagi.

Dia membangkitkan keputusan PRK Nenggiri di Kelantan, di mana Umno menang dengan majoriti 3,352 undi.

“Jika BN bekerja keras, jika strategi pilihan raya dan PRK disusun dengan baik, jika kita mengenepikan permasalahan sesama sendiri, BN masih boleh menang dengan cemerlang walaupun di negeri pembangkang,” katanya.

Selepas Nenggiri, BN menang besar dalam PRK Mahkota di Johor apabila calonnya Syed Hussein Syed Abdullah menewaskan PN dengan majoriti 20,648 undi.

Bagaimanapun, kemenangan itu mencetuskan pertikaman lidah antara pemimpin BN dan PH, dengan isu peratusan keluar pengundi Cina dan penubuhan kerajaan perpaduan di Johor dibangkitkan.

[Baca berita asal]



Source link

Komik-M: Misi 6A Misi Cikgu Zahid M33/BM33
Shopee.com.my
5.0
RM10.00
Komik-M: Misi 6A Misi Cikgu Zahid M33/BM33
-5%
KOMIK MISI 6A: MISI CIKGU ZAHID | NAZRY SALAM | TIM MISI
Shopee.com.my
5.0
RM9.50 RM10.00
KOMIK MISI 6A: MISI CIKGU ZAHID | NAZRY SALAM | TIM MISI
IBDE Musim Hijrah ke Utara - Tayyib Saleh (Mausim al-Hijrah ila al-Shamal, terjemahan Zahid M. Naser)
Shopee.com.my
5.0
RM46.00
IBDE Musim Hijrah ke Utara - Tayyib Saleh (Mausim al-Hijrah ila al-Shamal, terjemahan Zahid M. Naser)

Leave a Reply