DUA beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, terpaksa berusaha keras untuk mengalahkan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-15 dalam pusingan pertama Terbuka China di Changzhou hari ini.

Pasangan Malaysia itu memerlukan masa 44 minit untuk menewaskan pasangan Taiwan yang merupakan pilihan keenam, dan akan bertemu dengan sama ada Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dari Taiwan atau pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani, dalam pusingan kedua.

Dalam acara beregu campuran, pasangan Malaysia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melangkah ke pusingan kedua setelah memerlukan hanya 26 minit untuk menewaskan pasangan India Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath dengan keputusan 21-14, 21-11.

Pasangan Malaysia itu seterusnya akan berdepan Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja setelah pasangan Indonesia ini melangkah ke pusingan kedua apabila lawan mereka, Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau dari Hong Kong, terpaksa menarik diri pada set kedua selepas kalah pada set pertama.



Source link

Leave a Reply