Yes 5G telah melancarkan kempen “Terpaling-KAW”, menawarkan 999GB data hanya dengan RM1! Promosi ini bermula hari ini, 5 November 2024, dan dijadualkan berakhir pada 5 Februari 2025.
Kempen Terpaling-KAW bertujuan memberi pengguna data yang mencukupi dan kelajuan tanpa had untuk pelbagai kegunaan seperti permainan dalam talian, penstriman muzik dan video, perkongsian sambungan, serta naik taraf media dengan resolusi tinggi untuk pencipta kandungan.
Untuk menikmati promosi 999GB dengan RM1, pengguna perlu melanggan pelan Yes 5G yang layak. Pelanggan pascabayar baru dan sedia ada yang berdaftar dengan pelan bermula dari RM20 ke atas boleh menyertainya, asalkan akaun mereka aktif. Manakala pelanggan prabayar perlu mendaftar pelan baru RM20 atau mempunyai pelan sedia ada yang aktif dengan tambah nilai minimum RM20.
Pengguna yang layak boleh menambah data ini ke akaun mereka melalui aplikasi MyYes. Log masuk ke dalam aplikasi, pilih “+ ADD-ON” di dashboard, pilih “RM1 999GB KawKawKaw”, dan klik “Beli” untuk menyelesaikan pembelian. Perlu diingat, data 999GB untuk pelan Pascabayar Tidak Terhad boleh digunakan untuk Hotspot.
(Sumber: Siaran akhbar Yes 5G / laman web rasmi)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk kemas kini dan berita terkini.