Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan dan pencetakan kad pengenalan MyKad hanya boleh dilakukan di Malaysia.

Menurut JPN, warga Malaysia yang tinggal di luar negara perlu kembali ke Malaysia untuk memohon MyKad bagi kali pertama (pada usia 12 tahun) atau untuk menggantikan MyKad yang rosak atau hilang.

“Orang awam diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu dan untuk meneliti setiap berita yang mereka baca dan terima demi menjaga ketenteraman awam,” kata JPN dalam satu kenyataan hari ini.



Source link

Leave a Reply