REMBAU: Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau meraikan 1 Syawal hari ini bersama 28 orang penghuni Rumah Sejahtera Rembau yang majoritinya terdiri daripada warga emas terbiar.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed berkata, pihaknya memilih meraikan Aidilfitri bersama penghuni di situ selepas terkesan ketika program edaran bubur lambuk yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, program tersebut pada waktu itu dihadiri sembilan penghuni rumah kebajikan itu yang berbangsa Melayu dengan ada diantaranya sudah dibiarkan oleh ahli keluarga masing-masing serta ada juga tanpa keluarga.

“Di sini ada sembilan orang penghuni Melayu, hanya seorang dijemput keluarga untuk pulang beraya bersama. Selebihnya beraya bersama rakan-rakan di sini sahaja jadi kami hadir supaya mereka merasa suasana hari raya.

“Warga IPD dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir dan sampaikan sumbangan makanan keperluan harian, duit raya dan makan bersama penghuni bagi menghidupkan suasana hari raya,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Aidilfitri di Rumah Sejahtera Rembau, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Rembau, Noorazura Mohd. Yasin; Pengasas Persatuan Kebajikan Global Negeri Sembilan, Datuk A. Saravanan dan Pengerusi Rumah Sejahtera Rembau, Ramesh Patel.

Dalam pada itu, salah seorang penghuni, Roziyah Mohd Nor, 46, berkata, dia pertama kali menyambut hari raya di rumah kebajikan berkenaan setelah empat tahun beraya sebagai gelandangan di Seremban.

Menurut bekas pengawal keselamatan sebuah hospital itu, dia begitu teruja kerana tidak menyangka akan diraikan oleh pihak polis pada sambutan hari raya kali ini serta mendapat duit raya.

“Dulu semasa jadi gelandangan saya pernah dibantu pihak polis bagi menyelesaikan masalah saya yang kehilangan dokumen peribadi,” katanya yang kini merupakan ibu tunggal serta mempunyai seorang anak dan empat cucu.

Sementara itu, Ramesh berkata, selain sembilan penghuni Melayu di rumah kebajikan itu terdapat tiga orang penghuni Cina dan selebihnya adalah berbangsa India.

Menurutnya, rumah kebajikan itu boleh menempatkan 33 penghuni pada satu-satu masa dan turut mempunyai rumah transit untuk individu memerlukan.

Source link

-1%
[ HB NORMAL ] SUSU KAMBING KURMA BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG, MENYUSU BADAN, KANAK2, WARGA TUA DAN SEMUA PERINGKAT UMUR
Shopee.com.my
4.9
RM20.70 RM20.91
[ HB NORMAL ] SUSU KAMBING KURMA BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG, MENYUSU BADAN, KANAK2, WARGA TUA DAN SEMUA PERINGKAT UMUR
Jaket rasmi, penjawat awam, bapa pertengahan umur dan warga emas memakai baju atas nipis musim bunga luruh, lama/*#Official jackets, civil servants middle-aged and elderly fathers wear spring autumn thin tops, old jackets
Shopee.com.my
4.6
RM68.75
Jaket rasmi, penjawat awam, bapa pertengahan umur dan warga emas memakai baju atas nipis musim bunga luruh, lama/*#Official jackets, civil servants...
Musim bunga dan luruh gaya Korea rompi sut langsing bergaya lelaki pertengahan umur warga emas jaket kasual profesional bersaiz besar/Spring and Autumn Korean style trendy slim handsome suit vest men middle-aged elderly casual professional plus sizeSpring
Shopee.com.my
4.9
RM20.05
Musim bunga dan luruh gaya Korea rompi sut langsing bergaya lelaki pertengahan umur warga emas jaket kasual profesional bersaiz besar/Spring and Autumn...
Budu cap wau pilihan warga terengganu
Shopee.com.my
4.8
RM3.90

Leave a Reply