Seorang wanita muda dan kawannya hampir mengalami kejadian yang tidak menyenangkan semasa ke pusat beli-belah apabila mereka mendapati dua lelaki telah meletakkan paku di bumper kereta mereka.
@adlinakml berkongsi pengalaman wanita muda dan kawannya yang berlaku di Shah Alam pada 2 Januari.
“Ada individu yang mencurigakan berkeliaran di tempat letak kereta berhampiran Plaza Masalam. Mereka malah melekatkan paku di kereta saya,” wanita yang tidak mahu namanya disiarkan menerangkan dalam mesejnya.
Dalam post tersebut, wanita tersebut mendakwa bahawa dua lelaki itu mengganggunya ketika dia berada di dalam keretanya dan “enggan beredar”, mendesaknya untuk masuk ke dalam kereta mereka.
Kemudian, keadaan menjadi teruk apabila dua lelaki itu didakwa bersembunyi di sebalik pokok di depan keretanya untuk mengelak dari dilihat oleh mereka.
“Apabila kami masuk ke dalam kereta, mereka bangun dari tempat persembunyian mereka dan berjalan ke arah kami tetapi kerana ada kereta lain masuk untuk meletak kereta, mereka berdiri di belakang kereta saya dan memerhati kami keluar dari tempat letak kereta,” wanita tersebut berkata dalam mesejnya.
Netizen mengesyaki bahawa lelaki tersebut mungkin menggunakan paku tersebut untuk tujuan perdagangan manusia atau untuk menyerang mereka jika pakaian mereka terperangkap oleh paku tersebut.