IT adalah biasa untuk mendengar cerita penggemar yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bertemu dengan idolanya walaupun itu bermakna – kadang-kadang – melanggar undang-undang.
Baru-baru ini, seorang wanita ditangkap di Lapangan Terbang Changi kerana menyalahgunakan tiket masuknya untuk melihat kumpulan penyanyi kegemarannya, Enhypen dari Korea.
Wanita berusia 25 tahun itu didakwa membeli tiket penerbangan hanya untuk memasuki kawasan transit bagi melihat kumpulan Kpop Enhypen yang sebelum ini pernah membuat persembahan di Singapura pada bulan Januari, mengikut laporan The Straits Times.
Wanita itu ditangkap kerana tidak meninggalkan Singapura – melanggar Akta Perlindungan Infrastruktur 2017, yang melarang orang dari menyalahgunakan tiket masuk untuk masuk ke tempat-tempat yang dilindungi di lapangan terbang.
Siasatan masih belum selesai selepas penangkapan itu.