MAKASSAR: Seorang wanita ditemukan mati di dalam perut ular sawa di tengah Indonesia, pada Rabu.
Insiden itu merupakan kematian kedua akibat ular sawa di wilayah itu dalam tempoh sebulan.
Siriati, 36, dilaporkan hilang selepas dia keluar dari rumahnya sejak pagi Selasa untuk membeli ubat kerana anaknya sakit.
Selepas kehilangan itu, pihak polis berkata, usaha pencarian dilakukan Bersama ahli keluarganya yang lain.
“Suaminya, Adiansa, 30, menemukan selipar dan seluarnya di tanah kira-kira 500 meter dari rumah mereka di kampung Siteba, wilayah Sulawesi Selatan.
“Sejurus itu, dia ternampak seekor ular, kira-kira 10 meter dari laluan itu. Ular itu masih hidup,” kata Ketua Polis Wilayah itu, Idul.
Setiausaha kampung, Iyang memberitahu AFP Adiansa mula curiga selepas dia perasan perut ular sawa itu ‘sangat besar’.
Dia memanggil orang kampung untuk membantu memotong perut ular sawa tersebut dan mereka menemukan mayat Sirianti.
Insiden itu sangat jarang berlaku, namun beberapa orang pernah ditelan ular sawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bulan lalu, seorang wanita ditemukan mati di dalam perut ular sawa retikulasi di sebuah lagi daerah di Sulawesi Selatan.-AFP