BARU-BARU INI, sebuah video menunjukkan seorang isteri di Kuching, Sarawak, melihat suaminya berbelanja bahan makanan dengan seorang wanita lain telah menjadi viral di media sosial.
Melihat kebenaran dengan mata sendiri selalu menyakitkan, dan kemarahan isteri melihat suaminya bersama wanita itu tidak terkawal tetapi dimengerti.
“Ini lah perusak rumah tangga! Bagaimana berani kau menggodakan suamiku?” jerit isteri yang jelas terganggu.
Mengabaikan jeritan tersebut, wanita berbaju merah cuba untuk pergi tetapi dihalang oleh isterinya.
Lelaki itu kemudian cuba untuk menghentikan pergaduhan dengan melindungi wanita berbaju merah itu.
Melihat tindakannya, isterinya berkata, “Kau melindungi dia? Kau pukul aku sehingga aku terpaksa pergi ke hospital, tapi kau melindungi dia”.
Video terputus selepas itu, isteri terus mengikut pasangan itu dan meneruskan luahan perasannya terhadap pasangannya yang curang ketika mereka meninggalkan premis melalui eskalator.
Mengetahui pasangan anda tidak setia adalah, menurut pendapat saya, situasi yang benar-benar menyedihkan. Bagaimanakah perasaan anda? Adakah wajar bagi isteri untuk bertindak sedemikian?