WALAUPUN Manchester United menghasilkan persembahan berkualiti berdepan Everton pada Ahad, mereka masih komited untuk menguatkan barisan serangan yang dilihat tidak begitu ampuh.

Pengendali baharu, Ruben Amorim dilihat serius untuk mencari penyerang ampuh supaya dapat menjamin kecemerlangan serangan United.

Oleh itu, mereka dilihat sedang menyasarkan beberapa nama dengan pemain Wolverhampton Wanderers berada dalam radar United.

BACA LAGI: Pecah dan perintah, Amorim tambah jurulatih baharu ke Man United

BACA LAGI: Sekian lama jadi anak emas Man United, Rashford akhirnya diberi amaran

af2e60f0-184f-11ef-baf9-2dfab45ba024

Cunha menjaringkan 7 gol untuk Wolves musim ini.

Menurut laporan di England, United dalam proses untuk mendapatkan Matheus Cunha bagi menguatkan lagi barisan serangan ditambah dengan prestasi tidak menentu penyerang Joshua Zirkzee.

Walaupun pemain itu menghasilkan dua gol menentang Everton, tetapi ia tidak menghalang United daripada cuba mendapatkan Cunha yang menyerlah bersama Wolves.

Cunha yang berusia 25 tahun menghasilkan tujuh gol dan tiga bantuan gol untuk Wolves dalam liga dan kontraknya akan tamat pada Jun 2027.

Bekas pencari bakat Liga Perdana Inggeris (EPL), Mick Brown berkata, Cunha merupakan pemain yang mempunyai pelbagai kualiti dan versatil untuk dimainkan di pelbagai posisi.

Cunha dilihat mampu beraksi sebagai penyerang utama sambil dia juga efektif untuk diletakkan di bahagian sayap.

“Dia adalah seorang pemain yang cukup, cukup bagus. Dia bukan pemain yang hanya pandai satu perkara saja, dia ada banyak aset dalam permainannya dan penting bagi Wolves.

“Saya diberitahu yang pencari bakat di United sedang memerhatikannya dan pastinya namanya ada dalam senarai sasaran mereka,” kata Brown.

Brown turut mengatakan yang Wolves pastinya tidak akan melayan kemahuan United untuk mendapatkan Cunha. Namun, dengan kontraknya semakin tamat mungkin United akan cuba berusaha mendapatkannya selepas musim 2024/2025 tamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram





Source link

-50%
Pokok Viral-artificial Premium Olive Tree & Eucalyptus Tree PLANT {memberikan kualiti, walaupun bukan yang termurah )
Shopee.com.my
4.9
RM95.00 RM190.00
Pokok Viral-artificial Premium Olive Tree & Eucalyptus Tree PLANT {memberikan kualiti, walaupun bukan yang termurah )
-27%
2023 baru musim bunga dan musim luruh tebal ketat kelihatan kurus warna daging legging warna kulit sarung kaki sembilan suku kaus kaki kaus kaki anti-cangkuk tidak walaupun kaus kaki
Shopee.com.my
4.6
RM13.65 RM18.70
2023 baru musim bunga dan musim luruh tebal ketat kelihatan kurus warna daging legging warna kulit sarung kaki sembilan suku kaus kaki kaus kaki anti-cangkuk...
JAMU SWEET DARA,JEBAT,JUS SWEET DARA,PENCUCI WANITA SNOW WHITE BY KAK KM ORIGINAL POSTAGE SETIAP HARI WALAUPUN LOCKDOWN
Shopee.com.my
5.0
RM40.00
JAMU SWEET DARA,JEBAT,JUS SWEET DARA,PENCUCI WANITA SNOW WHITE BY KAK KM ORIGINAL POSTAGE SETIAP HARI WALAUPUN LOCKDOWN

Leave a Reply