JUARA DUA KALI Vietnam layak ke final Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Singapura 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Provinsi Phu Tho malam ini, dengan agregat 5-1.

Rafaelson Fernandes muncul sebagai wira pasukan Vietnam dengan dua gol yang membantu pasukan Bintang Emas melangkah ke final kejohanan berprestij ini.

Perlawanan malam ini penuh dramatik; kedua-dua pasukan memulakan permainan dengan seimbang. Singapura hampir menjaringkan gol pembuka pada minit ke-10 apabila Muhammad Faris Ramli menjaringkan gol menggunakan kepala.

Namun, impian itu hancur apabila pengadil membatalkan gol tersebut selepas menyemak Video Assistant Referee (VAR) dan mendapati Muhammad Shawal Anuar berada dalam keadaan ofsaid, mengecewakan pasukan kendalian Tsutomu Ogura.

Pasukan Vietnam, yang dikendalikan oleh Kim Sang Sik, hampir mendahului bila pertahanan mereka, Ngoc Quang Chau, melepaskan satu sepakan kepala pada minit ke-21, tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ia dianggap sebagai pelanggaran terhadap Nur Muhammad Shah Shahiran.

Walau bagaimanapun, tuan rumah akhirnya menghembuskan nafas lega apabila Rafaelson berjaya menjaringkan gol dari sepakan penalti menjelang waktu tambahan separuh masa pertama, selepas dijatuhkan oleh Lionel Tan dalam kotak penalti.

Masuk ke separuh masa kedua, Vietnam terus melangkah ke hadapan apabila Rafaelson sekali lagi menjaringkan gol keduanya dengan menerima hantaran dari Hoang Ngunyen pada minit ke-63.

Singapura berjaya mengurangkan defisit dengan gol dari Kyoga Nakamura pada minit ke-74, tetapi kegembiraan mereka tidak lama, kerana Vietnam menambah gol lagi dengan sepakan penalti oleh Nguyen Tien Linh di masa tambahan separuh masa kedua.

Keputusan akhir memihak kepada Vietnam, melayakkan mereka ke final dengan agregat 5-1.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura pada hari Selasa lalu, Vietnam juga menewaskan Singapura dengan dua gol pada waktu tambahan separuh masa kedua hasil jaringan Nguyen Tien dan Nguyen Xuan Son.



Source link

LUCKY DRAW/The Magic Wheel
Shopee.com.my
4.8
RM35.00
LUCKY DRAW/The Magic Wheel
READY STOCK Arianii Inner Fitted Full selesa tak pekak kain sejuk
Shopee.com.my
4.9
RM19.80 RM20.00
READY STOCK Arianii Inner Fitted Full selesa tak pekak kain sejuk
-1%
(READY STOCK) Telekung Cotton material sejuk premium quality
Shopee.com.my
4.9
RM75.24 RM76.00
(READY STOCK) Telekung Cotton material sejuk premium quality
LUCKY DRAW/The Magic Wheel
Shopee.com.my
4.8
LUCKY DRAW/The Magic Wheel
READY STOCK Arianii Inner Fitted Full selesa tak pekak kain sejuk
Shopee.com.my
4.9
READY STOCK Arianii Inner Fitted Full selesa tak pekak kain sejuk
(READY STOCK) Telekung Cotton material sejuk premium quality
Shopee.com.my
4.9
(READY STOCK) Telekung Cotton material sejuk premium quality

Leave a Reply