Perkongsian bekas isteri kepada pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Vie Shanti Khan mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial baru-baru ini.
Vie Shanti Khan, menerusi hantaran di Instagram dilihat berkongsi wajah anak-anaknya, Vie Zaara, Zareef Yusof, Vie Zaalia dan Vie Raissa ketika meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur.
âTaqobbalallahu Minna Wa Minkum 🤲 Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Dari Kami Sekeluarga. Team setiap tahun raya KL 😆.â-kapsyen Vie Shanti di Instagram
âMana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi, Mak Bapak Cantik HensemâĤâ
Perkongsian Vie Shanti mencuri perhatian netizen di ruangan komen yang terpegun dengan wajah anak-anaknya yang sangat jelita dan kacak, malah ada yang sempat berseloroh menyifatkan anak lelaki Eizlan ini lebih kacak berbanding bapanya itu.
âDulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome. Sorry Eizlan Yusof 😊.â
âElok handsome anak teruna you babe.â
âMasyaAllah cantik sangat Zaara ni 😍.â
âCantik betul 😍.â
âCantiknya anak Vie 😍.â
âMasyaAllah cantiknya lawa. Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Mak bapak cantik hensem ❤️.â
âMakin dewasa makin cantik dan manis.â
âBenefit kahwin mak ayah cantik ni anak-anak pun cantik molek kejadian Allah 😍🥰.â
âMasyaAllah semua Allah bagi cantik-cantik 😍.â
Sekadar info, Eizlan Yusof dan Vie Shanti pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof, dan Vie Zalia. Namun, Eizlan dan Vie Shanti membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2015.
Vie Shanti kemudian mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli politik dan dikurniakan seorang anak perempuan, Vie Raissa.
Eizlan pula mendirikan rumah tangga dengan Datin Natasha Rosa pada Disember 2019 dan dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Zaelynn Rosa.