KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan hanya segelintir pemimpin dalam UMNO Sabah yang menarik diri menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Hajiji berkata, selebihnya masih ada pemimpin daripada UMNO yang masih mengangotai kerajaan yang dipimpinnya ketika ini.

“Sekarang kita boleh lihat di Sabah ini ia unik, yang tarik diri daripada sokongan kerajaan ialah UMNO Bung Moktar (Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin).

“Manakala UMNO yang lain masih lagi ada dalam kerajaan. Contohnya, kita ada menteri, ada pembantu-pembantu menteri dan ada jawatan-jawatan lain di bawah. Jadi itulah yang berlaku di Sabah, Sabah boleh,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Perasmian Taklimat Gerak Kerja Wanita GRS di sini pada Ahad.

Hajiji (duduk tengah) bersama Wanita GRS pada Majlis Penutupan Perasmian Taklimat Gerak Kerja Wanita GRS di Kota Kinabalu.

Hajiji (duduk tengah) bersama Wanita GRS pada Majlis Penutupan Perasmian Taklimat Gerak Kerja Wanita GRS di Kota Kinabalu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju kerjasama GRS dengan parti lain termasuk UMNO yang kini merupakan sebahagian dalam kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun ditanya adakah GRS terbuka untuk kembali bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, soal kerjasama akan diputuskan bersama dengan rakan gabungannya.

“Kita lihat nanti, itu saya serahkan kepada pemimpin-pemimpin GRS yang akan memutuskan nanti. Saya tidak boleh bercakap di sini bagi pihak diri saya.

“Semua akan kita akan bawa dalam mesyuarat tertinggi GRS nanti, merekalah dalam mesyuarat itu kita akan mendapat keputusan atau membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai peratus persediaan GRS menghadapi PRN17, Hajiji berkata, walaupun masih ada satu tahun lagi tempoh sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan namun mereka sudah bersedia.

“Sebenarnya kita sudah bersedia tetapi kita ada masa lagi satu tahun jadi banyak lagi perkara yang kita bagi tumpuan untuk kita selesaikan masalah-masalah rakyat dan sebagainya.

“Tetapi ini bukan bererti bahawa kita tidak boleh mengadakan pilihan raya. Jadi tempoh satu tahun ini boleh berlaku jika sekiranya kita mahu mengadakan pilihan raya sekarang,” katanya.

Bercakap mengenai agihan kerusi, Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, mesyuarat akan diadakan dalam pada hujung November bagi membincangkan mengenai perkara itu.

“Kita akan mengadakan mesyuarat. Saya telah menyatakan kepada Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee untuk mengadakan GRS tidak lama lagi.

“Jadi inilah antara perbincangan yang akan kita bincangkan di dalam mesyuarat tersebut yang diadakan pada hujung November.

“Peratusan belum tahu lagi (agihan kerusi), sudah mesyuarat baru tahu tapi kita ada satu tahun lagi, jadi masa panjang lagi untuk kita berfikir,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

-25%
KiTBEEZ Digital Camera CCD48 1080P HD Video Camcorder 48MP Photo 8X Zoom Anti-shake 2.7 Inch Large TF Screen USB Charge
Shopee.com.my
4.8
RM108.90 RM147.16
KiTBEEZ Digital Camera CCD48 1080P HD Video Camcorder 48MP Photo 8X Zoom Anti-shake 2.7 Inch Large TF Screen USB Charge
Body camera HD 1080P Mini Camera Night Vision Motion Detection Small Sports DV DVR Video Surveillance Camcorder Loop Recording with OTG connector
Shopee.com.my
4.7
RM275.33
Body camera HD 1080P Mini Camera Night Vision Motion Detection Small Sports DV DVR Video Surveillance Camcorder Loop Recording with OTG connector
-40%
Mini 128GB digital camera, video recorder, 1080P, 0-64G, professional, sports, DV, body, small camera
Shopee.com.my
4.6
RM55.00 RM91.67
Mini 128GB digital camera, video recorder, 1080P, 0-64G, professional, sports, DV, body, small camera
-32%
SQ11 Mini Security Camera 1080P Sensor Camcorder Motion DVR Micro Cube Camera Sport Video Small Camera
Shopee.com.my
4.5
RM19.98 RM29.82
SQ11 Mini Security Camera 1080P Sensor Camcorder Motion DVR Micro Cube Camera Sport Video Small Camera

Leave a Reply