SEORANG penunggang motosikal ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dengan kepala terputus selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Senai, Senai, Johor pada Jumaat.

Menerusi video berdurasi 15 minit yang dimuat naik oleh pengguna X, update11111, menyaksikan badan mangsa tanpa identiti itu terpisah dengan kepalanya menyebabkan individu tersebut maut di tempat kejadian.

“Kepala tanggal, kemalangan motor di highway Senai, Johor,” kata individu yang merakam kejadian ngeri berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bot berlanggar punca pergaduhan, polis siasat 2 individu ‘bergusti’ di jeti Semporna

BACA LAGI: Polis terima laporan penemuan baharu bangkai kucing, anjing di UM

isi dalam dalam

Tangkap layar hantaran dari update11111.

Melihat video di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa sudah berada di laluan belah kanan dengan kepala individu itu pula terpelanting dan bergolek hingga berada di tengah jalan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum lanjut mengenai kejadian berkenaan daripada berkuasa. Namun, ada warganet mendakwa insiden berlaku disebabkan mangsa terlanggar pembahagi jalan.

“Salam takziah, macam punca hentam divider sahaja, divider di Malaysia ini macam pisau tajam dia bila hentam laju,” komen warganet, Jimbit46.

“Ya ALLAH, salam takziah kepada keluarga,” ucap wargenet, Aiman40516. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram





Source link

Leave a Reply