Penyanyi Rapper terkenal Malaysia Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran dari Tawau, Sabah dan beliau juga adalah merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan K-Clique.
Sejak mendirikan rumahtangga bersama Siti Hajar pada 16 Jun yang lalu, MK sering memuat naik video dirinya dan isteri di laman media sosial instagram miliknya. Video bergurau-senda dan mesra pasangan itu telah menimbulkan rasa teruja buat peminatnya yang melihat mereka semakin akrab sebagai suami isteri.
“Kejap Masa Berlalu, Dah Besar Dah Anak Diorang”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik MK K-Clique yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 6.3 juta, tanda suka sebanyak 625 ribu dan sebanyak 4 ribu komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Mk yang ingin berlawan rap dengan anaknya itu, namun yang terjadi adalah beliau ketawa melihat reaksi anaknya.
Aya First Rap Battle! MK K-Clique Live Performance | TikTok
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Mk akan menjadi ayah yang bertanggungjawab dan pemimpin keluarga yang baik. Mereka juga teruja melihat Mk yang semakin bahagia bersama keluarga kecilnya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melipah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.