Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Rupanya Ramai Juga Yang Terkena Melasma Ni, Saya Kena Lepas Bersalin”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Syatilla Melvin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta, tanda suka sebanyak 68 ribu dan sebanyak 415 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang memberitahu bahawa dia terpaksa bertutup litup untuk menjaga kulitnya dari terkena matahari disebabkan penyakit melasma apabila berada di luar rumah.
@samtilla82 Sapa wehh mcm aku? Tolong lah cakap adaaa😭😭😭
♬ hotel r a s p u t i n service – veggibeats
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, mereka juga mengalami penyakit kulit yang sama dan ianya amat sukar dirawat serta sensitif terhadap cahaya matahari.
Apa-apa pun, semoga sesiapa yang mengalami penyakit sebegini, diberikan kesembuhan dan kesabaran yang tinggi. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?