Tiada siapa sangka dalam ramai-ramai individu, Raja Charles III telah memilih lagu “Anta Permana” sebagai antara lagu kegemarannya.

Tersenarai dalam playlist peribadi baginda, lagu nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini secara tidak langsung telah membanggakan Malaysia.

Sekadar info untuk kamu, lagu “Anta Permana” ini merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Lagu ini dipilih menjadi sebahagian daripada program ‘The King’s Room’ di Apple Music, yang menghimpunkan karya dari negara Komanwel bagi meraikan kepelbagaian muzik dunia.

Dipetik daripada Malay Mail, Raja Charles III menggambarkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza sebagai “artis Malaysia yang cemerlang”. Bukan itu sahaja baginda turut menyatakan lagu “Anta Permana” itu menceritakan tentang kisah cinta yang lebih kuat daripada masa.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
Foto – @cartapop (X)

Selain Dato’ Seri Siti Nurhaliza, turut tersenarai beberapa lagu lain daripada penyanyi Beyoncé, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jones.

Team Murai ucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Situ Nurhaliza, Hael Husaini dan Ezra Kong atas pencapaian ini!





Source link

Leave a Reply