Oleh Azril Zainal

Kami sangat menyambut baik tumpuan Kerajaan terhadap tenaga boleh baharu dalam Belanjawan 2025, terutamanya peruntukan RM1 bilion untuk meneruskan pembiayaan teknologi hijau. Namun, ada ruang untuk melangkah lebih jauh dan lebih pantas untuk mencapai matlamat Malaysia mencapai sifar emisi menjelang 2050. Salah satu cara adalah dengan memberikan insentif kewangan yang lebih besar seperti potongan cukai, geran, atau subsidi kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek tenaga boleh baharu, khususnya teknologi baru dan inisiatif pengurangan karbon.

Ketika ini, banyak teknologi inovatif masih berada dalam peringkat awal tetapi bakal memainkan peranan penting dalam membina ekonomi hijau yang lebih pelbagai dan berdaya tahan di Malaysia. Kuncinya adalah memastikan mereka mendapat pembiayaan yang mencukupi. Sebuah program geran yang terancang dapat memberikan sokongan kewangan kepada syarikat terawal, mengurangkan risiko pelaburan mereka, memberikan peluang untuk mengembangkan projek perintis, dan mempercepatkan pengadaptasian teknologi tersebut.

Projek pengurangan karbon di kawasan industri oleh UEM Lestra dan TNB adalah sesuatu yang menjanjikan. Namun, penting untuk kita mengambil pendekatan menyeluruh terhadap peralihan tenaga ini dan memanfaatkan potensi ekonomi dari loji tenaga arang batu dan gas yang telah ditutup. Contohnya, kita boleh ambil inspirasi daripada Battersea Power Station di London yang telah ditransformasikan menjadi pusat beli-belah dan hiburan yang meriah setelah hampir 40 tahun diisytiharkan tidak lagi beroperasi. Satu lagi idea menarik adalah menukar loji-loji ini menjadi pusat data yang memanfaatkan infrastruktur air dan grid yang sedia ada.

Di samping itu, untuk menarik lebih banyak pelaburan hijau, terdapat dua peluang utama yang boleh diambil oleh kerajaan Madani. Pertama, memperkemas peraturan negara agar proses administratif tidak menghalang pelabur. Jika panduan lebih jelas dan proses kelulusan lebih cepat, Malaysia akan jadi destinasi pelaburan yang lebih menarik.

Kedua, memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan latihan tenaga kerja, terutamanya dalam bidang kejuruteraan industri, mekanikal dan pengeluaran, serta analitik data. Ini akan membolehkan Malaysia menyokong pertumbuhan industri hijau baru dan menyediakan modal insan yang diperlukan untuk menjadi pemimpin tenaga boleh baharu di rantau ini.

Walaupun pengenalan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) oleh kerajaan Malaysia adalah langkah positif untuk meliberalisasi pasaran pembelian tenaga Malaysia, caj akses sistem (SAC) yang tinggi untuk tenaga yang tetap dan tidak tetap mungkin menyekat penyertaan yang lebih luas.

Bagi memastikan CRESS mencapai matlamatnya dalam memperkuat ekosistem tenaga boleh baharu Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (EC) perlu mempertimbangkan semula struktur SAC sedia ada. Ini boleh dilakukan dengan bekerja secara telus dengan pemain industri dan pihak berkepentingan untuk mencapai kesepakatan yang saling menguntungkan. Dengan integrasi tenaga boleh baharu yang dijangka tinggi di bawah skim ini, EC boleh memperbaiki ekonomi projek untuk syarikat yang terlibat sambil mengekalkan ketahanan, kebolehpercayaan, dan kelestarian grid. Dengan cara ini, ekosistem perniagaan akan memberi manfaat bukan hanya kepada pelabur, tetapi juga negara dan semua pihak yang terlibat, sekaligus memajukan aspirasi tenaga boleh baharu Malaysia.

Penulis ialah Pemimpin Tenaga Malaysia untuk Arup



Source link

-20%
Ulasan Square New Design Cop Ready Made / Teacher Stamp Ready Made / 教师评语印章 / JAWI
Shopee.com.my
5.0
RM3.99 RM4.99
Ulasan Square New Design Cop Ready Made / Teacher Stamp Ready Made / 教师评语印章 / JAWI
Teacher Comment Rubber Stamp 20x20mm / 10x30mm Chop Rubber Gift Cop Ulasan Guru Hadiah
Shopee.com.my
5.0
RM2.99
Teacher Comment Rubber Stamp 20x20mm / 10x30mm Chop Rubber Gift Cop Ulasan Guru Hadiah
-15%
Cop ulasan guru / TP / Bintang (3x7cm)
Shopee.com.my
5.0
RM6.80 RM8.00
Cop ulasan guru / TP / Bintang (3x7cm)

Leave a Reply