Tegasnya, semua orang berhak memberi pandangan termasuklah memilih siapa yang lebih mereka minati.

“Bagi saya semua orang punya hak untuk suka kita atau tidak. Tetapi sejauh mana kita mampu menerima tanggapan itu lebih penting.

“Saya mudah, kamu cakap atau pilih siapa pun itu adalah hak kamu. Bagi saya, ia bukan masalah besar dan saya perlu terima dengan hati terbuka.

“Di sisi kelemahan saya, saya juga sudah pasti ada kelebihan di mata pengikut yang bisa menerima saya,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini Ubay atau nama asalnya Yusuf Nur Ubay telah menggantikan Giring yang terjun ke dunia politik.

Giring memilih berundur untuk fokus kerjaya politiknya dan sebagai calon anggota legislatif pada Pemilihan Umum Indonesia 2019.

Pada 21 Oktober lalu, dia menjadi Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih pimpinan Presiden Prabowo.

Sementara itu ditanya mengenai konsert Nidji 2.3 yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Februari tahun hadapan, Ubay berkata, Nidji sememangnya sudah lama menyimpan hasrat kembali beraksi di panggung di Malaysia selepas kali terakhir pada 2019.

“Kehadiran Nidji mampu melepas rindu peminat terutamanya, Nidjiholic. Nak tahu apa istimewanya konsert ulang tahun ini, datang dan saksikan sendiri,” ringkasnya.



Source link

UBay Ladies Long Sleeve Round Neck Tee (NAC MD)
Shopee.com.my
5.0
RM59.00
UBay Ladies Long Sleeve Round Neck Tee (NAC MD)
UBay Ladies Short Sleeve Round Neck Tee (RED MD)
Shopee.com.my
5.0
RM49.00
UBay Ladies Short Sleeve Round Neck Tee (RED MD)
UBay Ladies Long Sleeve Round Neck Tee (BLU MD)
Shopee.com.my
5.0
RM59.00
UBay Ladies Long Sleeve Round Neck Tee (BLU MD)

Leave a Reply