Tsunami ketinggian lima meter dalam jarak 300 km mungkin landa


TOKYO: Ombak tsunami berbahaya sehingga lima meter mungkin berlaku di sepanjang pantai utara tengah Jepun hari ini dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa dengan magnitud 7.5, kata agensi Amerika Syarikat dan Jepun.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii berkata, gelombang tsunami ini berkemungkinan berlaku sepanjang pantai negara berkenaan.

“Gelombang tsunami berbahaya daripada gempa bumi ini berkemungkinan dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Jepun,” katanya.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) turut memberi amaran ombak boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter.-AFP

 





Source link

Leave a Reply