Tragedi melanda Thailand semalam (1 Oktober) apabila sebuah bas membawa kanak-kanak dan guru terbakar dengan hebat, mengakibatkan sekurang-kurangnya 23 nyawa terkorban.
Sebuah video yang viral di media sosial menunjukkan bas sekolah itu terbakar hebat di bawah sebuah flyover di pinggir Bangkok. Pihak berkuasa melaporkan bahawa 20 kanak-kanak dan 3 guru telah dijumpai dan dikenalpasti.Ahli kabinet pengangkutan, Suriya Juangroongruangkit mendedahkan bahawa 16 pelajar dan 3 guru dihantar ke hospital untuk rawatan.
Pelajar-pelajar ini sedang dalam lawatan luar daripada wilayah Uthai Thani, yang terletak kira-kira 250km dari ibu negara.
Apa yang menyebabkan kebakaran ini?
Dalam satu sidang media, ketua polis sementara, Kittirat Phanphet menyatakan bahawa kebakaran itu berpunca daripada percikan api dari tayar yang menyala gas silinder yang menyalakan bas tersebut.
“Kami sedang menyiasat semua individu yang terlibat, termasuk syarikat bas, untuk melihat jika terdapat kecuaian,” kata Suriya.
Beliau juga memaklumkan bahawa bas tersebut menggunakan gas asli yang dianggap “sangat berisiko.” Pasukan bomba berjaya memadamkan api dengan cepat.
Dalam perkembangan terbaru oleh Jabatan Kebakaran dan Penyelamatan Thailand, pasukan penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian telah meningkat kepada 25.
Hati dan doa kami untuk mangsa kemalangan ini. Nantikan kemas kini lanjut mengenai insiden ini!
Baca juga: M’sian Bakar Motosikal Anak Rempit, Kata “Ini Lebih Baik Dari Dia Mati di Jalan”