Baru-baru ini, penemuan seekor buaya gergasi di tepi saluran air sebuah kampung di Batu Pahat, Johor, menjadi bualan hangat di media sosial apabila video yang dirakam oleh seorang pengguna netizen menjadi viral.
Ia mengingatkan kita pada buaya yang dijumpai di Sungai Klang berhampiran Mid Valley yang lalu, tapi yang ini nampaknya lebih besar!
“Dulu, tempat ni popular untuk mandi-mandi. Tapi sekarang, dengan buaya yang berumah di sini, rasanya elok lupakan saja niat tu.”
Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi.
“Bayangkan kalau budak-budak berbasikal atau penunggang motosikal terjatuh dalam air. Buaya tu mesti cakap, ‘Kau kawan aku sekarang’, pada mangsa.”
“Pemancing yang pergi ke kawasan tu perlu berhati-hati,” kata seorang pengguna.
Apa pendapat anda tentang isu ini? Kongsi dengan kami di ruangan komen di bawah.
Baca juga: Buaya Viral di Sungai Klang Masih Bebas, Orang Awam Din nasihatkan Jauhkan Diri Dari Sungai Klang