KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang pertama menyahut seruan kerajaan berhubung kadar gaji minimum kepada warganya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada Sambutan Ulang Tahun ke-75 TNB di sini.

“Saya ucap terima kasih pengerusi, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi TNB kerana bersetuju untuk menjadi GLC pertama menyahut seruan kerajaan, naikkan kadar gaji minimum anggota TNB.

“Kemudian meluluskan gaji pendapatan kepada seluruh warga kerja TNB,” katanya berucap di sini hari ini.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kejayaan dicapai syarikat korporat tidak hanya keuntungan dan kecekapan semata-mata, bahkan keprihatinan pihak pengurusan kepada pekerjanya.

“Satu hal menarik saya imbau, pertemuan setahun dua lalu dengan pengerusi dan pengurusan untuk lapor kejayaan dari sudut keuntungan serta tahap kecekapan dicapai.

“Ada tugas utama syarikat korporat harus bangga (bukan) keuntungan dan tahap kecekapan, tapi harus prihatin (kepada pekerja),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Source link

TNB Type CUT OUT 63A/100A Fuse
Shopee.com.my
4.7
RM8.50
TNB Type CUT OUT 63A/100A Fuse
QUALITY PVC TNB Papan Dilarang Masuk / No Admittance Plate 3 Language sign board papan / no entry / 不可进入 NOT STICKER
Shopee.com.my
4.9
RM7.90
QUALITY PVC TNB Papan Dilarang Masuk / No Admittance Plate 3 Language sign board papan / no entry / 不可进入 NOT STICKER
-2%
4pcs Mushroom House Miniature Figurine Fairy Garden Decoration Figure Home Cake Ornaments Building Statue Resin Craft Toy TNB110
Shopee.com.my
5.0
RM6.71 RM6.85

Leave a Reply