TMC Life telah memberikan perkembangan terkini mengenai penangguhan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Puan Wan Nadiah Binti Wan Mohd Abdullah Yaakob dari Hospital Thomson yang telah disuspend sejak Januari tahun ini.
Sejak penangguhan tersebut, Wan Nadiah telah memberikan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh TMC Life, di mana jawapan terakhirnya adalah terhadap Surat Tunjuk Sebab Kedua, yang mana kumpulan tersebut mendapati dan merumuskan bahawa jawapan yang diberikan secara umum tidak mencukupi untuk menjawab dakwaan yang dinyatakan.
Memandangkan perkara di atas, pihak pengurusan kumpulan telah mengesyorkan pengeluaran Notis Siasatan Dalam Jabatan kepada Puan Nadiah bagi membolehkan beliau didengar oleh panel Siasatan Dalam Jabatan yang bebas mengenai dakwaan utama yang dibuat dalam Surat Tunjuk Sebab Pertama dan Surat Tunjuk Sebab Kedua.
Sehubungan dengan ini, Notis Siasatan Dalam Jabatan akan dikeluarkan kepada Puan Nadiah dalam masa terdekat bagi membolehkannya didengar oleh panel Siasatan Dalam Jabatan yang bebas.