PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan TInggi (KPT) menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana institusi pendidikan tinggi awam atau swasta (IPTA/IPTS) mahupun individu yang didapati terlibat dalam penjualan sijil akademik.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, di peringkat kementerian itu, terdapat pemantauan dan kawal selia yang dijalankan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui pemeriksaan ke atas IPTS selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555) berkaitan pengeluaran sijil palsu.

Selain itu, katanya, KPT mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan untuk memastikan kesahihan sijil akademik bagi tujuan pengesahan oleh orang awam.

“KPT juga ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa kes penipuan sijil akademik telah berjaya dirungkai sebelum ini melalui aduan awam.

“Ia melibatkan sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menggunakan nama IPT terlibat. Laporan polis juga akan dibuat untuk memastikan sindiket penipuan ini boleh dikekang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk laporan sebuah akhbar berhubung tindakan terdesak individu mahu mendapatkan kerja merupakan antara punca segelintir individu sanggup membeli dan menggunakan sijil akademik palsu.

Selain itu, terdapat juga golongan pekerja yang melakukan penipuan tersebut bagi tujuan kenaikan pangkat.

Dalam pada itu, Zambry memberitahu, orang ramai juga boleh menyemak kelayakan dan maklumat berkenaan penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran di portal GREaT KPT melalui pautan

Jelasnya, orang ramai juga dinasihati agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan helah sindiket penipuan dan penjualan sijil akademik ini.

“KPT akan terus komited untuk memastikan sistem pendidikan tinggi tidak tercemar dan menyalahi undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Source link

KAJIAN TINDAKAN PENYELIDIKAN ASAS DI SEKOLAH
Shopee.com.my
4.8
RM35.00
KAJIAN TINDAKAN PENYELIDIKAN ASAS DI SEKOLAH
[MBL]•Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan•(Untuk Guru Sekolah Menengah Dan Rendah)✅✅
Shopee.com.my
5.0
RM35.00
[MBL]•Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan•(Untuk Guru Sekolah Menengah Dan Rendah)✅✅
-12%
[READY STOCK] Panduan Mudah Penulisan Laporan Kajian Tindakan dan Inovasi 2023 - Cikgu Ridzuan
Shopee.com.my
5.0
RM34.90 RM40.11
[READY STOCK] Panduan Mudah Penulisan Laporan Kajian Tindakan dan Inovasi 2023 - Cikgu Ridzuan
[NUSAMAS] Meneroka Inovasi Melalui Kajian Tindakan
Shopee.com.my
4.9
RM13.90

Leave a Reply