Dulu, bila kita beli permainan fizikal di kedai, kita dapat kotak dan cakera. Tak kiralah apa yang berlaku kepada studio pembuatnya, memang kita punya permainan tersebut. Tapi sekarang, dengan kedatangan kedai digital, pemilikan permainan jadi agak kelabu. Kini, Steam mula buat pengguna sedar bahawa mereka sebenarnya tak benar-benar punya permainan yang dibeli.
Dalam beberapa bulan lepas, Steam telah memperkenalkan ciri baru yang membolehkan pengguna dalam rumah yang sama untuk berkongsi permainan. Jadi, secara sah, anda boleh kongsikan permainan anda dengan orang lain.
Namun begitu, nampaknya ada komplikasi pula. Steam jadi lebih sukar untuk mewariskan koleksi permainan kepada orang tersayang setelah kita tiada. Jadi, adakah kita betul-betul punya permainan kita?
Baru-baru ini, Steam menjelaskan perkara ini. Pada halaman troli belanja, terdapat tambahan yang menyatakan bahawa “pembelian produk digital memberikan lesen untuk produk tersebut di Steam.”
Bermaksud, anda tak beli permainan itu sendiri, tetapi beli lesen untuk memainkannya.
Masalah pemilikan permainan ini jadi lebih rumit dengan tindakan beberapa studio, seperti Ubisoft, yang mula membuang permainan dari platform meskipun anda sudah bayar. Ini semua menyebabkan peguam negara terpaksa campur tangan untuk memaksa platform mendedahkan sama ada pengguna benar-benar memiliki produk digital yang dibeli, bermula dari California. Tambahan baru Steam ini adalah jawapan kepada undang-undang tersebut.
Platform lain juga memberi reaksi. Contohnya, GOG dengan tegas menyatakan bahawa pengguna benar-benar memiliki permainan mereka. Kalau perkhidmatan itu ditutup, mereka masih boleh simpan pemasang luar talian yang diberikan ketika pembelian.
LIHAT JUGA: Ubisoft menarik balik salinan The Crew dari perpustakaan anda