LONDON: Tiga orang dilaporkan maut selepas kereta dinaiki mereka jatuh ke dalam sungai di utara England, ketika Ribut Gerrit membadai sebahagian besar United Kingdom (UK).

Perkhidmatan kecemasan menuju ke Sungai Esk berhampiran bandar Glaisdale sejurus sebelum tengah hari (waktu tempatan), selepas menerima laporan sebuah kenderaan jatuh ke dalam sungai.

“Kenderaan itu ditemui oleh bomba selepas pukul 3.00 petang (waktu tempatan). Malangnya, tiga lelaki di dalamnya meninggal dunia,” kata Polis Yorkshire Utara.

Menurut polis, seorang lelaki yang membantu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan keadaan cuaca menyebabkam pemanduan menjadi berbahaya.

Beberapa wilayah di UK, terutamanya Scotland dan utara England dilanda ribut Gerrit sejak kelmarin yang membawa hujan lebat dan salji.

Angin sehingga 136 kilometer sejam direkodkan di Aberdeenshire di Scotland.

Pejabat Metrologi UK berkata ribut petir menyebabkan kerosakan di Greater Manchester pada malam Rabu, dengan ciri-ciri menunjukkan kemungkinan puting beliung.

Ribuan rumah terputus bekalan elektrik manakala pengangkutan kereta api dan udara turut terganggu dengan jadual perjalanan terpaksa dibatalkan.

Perkhidmatan feri antara Dover dan Perancis juga mengalami kelewatan sejak kelmarin akibat angin kencang- AFP





Source link

✧♕Baju hujan Nanjiren baju hujan kereta elektrik anti ribut baju hujan dewasa dengan lengan bateri kereta menebal dan di
Shopee.com.my
RM68.87
✧♕Baju hujan Nanjiren baju hujan kereta elektrik anti ribut baju hujan dewasa dengan lengan bateri kereta menebal dan di
♛Baju hujan dilebatkan dan basikal elektrik di tebalkan untuk meningkatkan perlindungan hujan ribut. Baju hujan adalah b
Shopee.com.my
RM45.36
♛Baju hujan dilebatkan dan basikal elektrik di tebalkan untuk meningkatkan perlindungan hujan ribut. Baju hujan adalah b
rain coat motorcycle baju hujan waterproof 雨衣 摩托 防水 baju hujan motor Celana hujan kapal hujan sesuai untuk lelaki dan perempuan mencegah ribut hujan berat pecah orang dewasa tunggal berjalan di luar pakaian air di luar
Shopee.com.my
RM40.56
rain coat motorcycle baju hujan waterproof 雨衣 摩托 防水 baju hujan motor Celana hujan kapal hujan sesuai untuk lelaki dan perempuan mencegah ribut hujan berat...
baju hujan waterproof baju hujan motor rain coat motorcycle 雨衣 摩托 防水 Kapal hujan dan seluar hujan pakaian untuk motorsikal elektrik wanita di musim panas, istimewa untuk takeaway, lelaki panjang, tubuh pecah, badai penuh mencegah ribut hujan
Shopee.com.my
RM64.32
baju hujan waterproof baju hujan motor rain coat motorcycle 雨衣 摩托 防水 Kapal hujan dan seluar hujan pakaian untuk motorsikal elektrik wanita di musim panas,...

Leave a Reply