ARKANSAS: Seramai tiga orang maut dan 10 yang lain mengalami kecederaan dalam insiden berbalas tembakan di pasar raya Mad Butcher di Fordyce, Arkansas, kira-kira pukul 11.30 pagi, Jumaat lalu. 

Pengarah Polis Negeri Arkansas, Mike Hagar berkata, mangsa yang mengalami kecederaan turut melibatkan dua anggota polis, lapor Los Angeles Times.  

Katanya, suspek yang turut cedera berjaya diberkas selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.

“Kami boleh mengesahkan 11 orang awam yang tidak bersalah ditembak sehingga tiga daripadanya terkorban,” katanya tanpa memperincikan butiran kejadian itu.

Pekan itu dihuni oleh kira-kira 3,200 penduduk yang terletak sekitar 112 kilometer di selatan Little Rock. 

Sementara itum Gabenor Arkansas, Sarah Huckabee Sanders berkata, beliau sudah diberikan taklimat berhubung insiden berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada penguat kuasa undang-undang dan pasukan kecemasan atas tindakan pantas mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa.

“Saya mendoakan semua mangsa dan mereka yang terkesan dengan kejadian ngeri itu,” katanya menerusi ciapan di X.





Source link

Leave a Reply