PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki hari ini berhubung kematian seorang pereka dalaman yang dipercayai ditikam lebih 20 kali di rumahnya di Bandar Sri Damansara, Isnin lalu.

Penahanan ketiga-tiga suspek yang juga rakan serumah, dilakukan di sebuah pangsapuri di sekitar Kuala Lumpur pukul 3 pagi.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Solehuddin Zolkifly berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek disyaki memecah masuk kediaman mangsa sebelum bergelut dengannya.

Kata beliau, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 50 hingga 61 tahun.

“Pihak polis percaya suspek tidak mengenali mangsa dan pembunuhan itu dilakukan oleh salah seorang daripada tiga suspek terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai baru pulang ke rumah sebelum bertembung dengan suspek yang memecah masuk rumahnya lalu berlaku pergelutan antara mereka.

Menurut beliau, kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 26 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kesemua tangkapan mempunyai pelbagai rekod lampu dan dengan tertangkapnya tiga suspek ini pihak polis percaya salah seorang daripada mereka adalah pelakunya.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis percaya dapat menyelesaikan kes bunuh ini,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki ditemukan maut di sebuah unit apartmen di Bandar Sri Damansara di sini.

Hasil pemeriksaan, mangsa mempunyai 20 kesan tikaman di seluruh badan termasuk tangan dan kepala. – UTUSAN

Source link

Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v3
Shopee.com.my
4.9
RM18.00

Kain Batik Tiga Serangkai Siap Jahit Super Asli Cotton Serap Air 100% Sarung 3 Serangkai Indo Ready Stock HighQuality v2

Kain Batik Tiga Serangkai Original (Warna & Corak Random) Kain Batik Siap Jahit borong / Kain Batik 3 Serangkai Original
Shopee.com.my
4.9
RM8.65

-7%
TIGA SERANGKAI Super Asli Kain Sarung Batik Viral [Pilih Warna & Corak] Original 100% Cotton
Shopee.com.my
4.9
RM16.69 RM17.95

Leave a Reply